Forgive yourself and let go of any anger within you. Then you will see others with positive perspective







Tuesday, December 16, 2008

Kenangan Umrah (1)

Ada orang bagi tau, untuk dapat menjejakkan kaki ke Makkah, hanya Allah yang memberikan keizinan-Nya. Setelah beberapa tahun bekerja, terbuka hatiku untuk menunaikan umrah bersama ayah dan ibu. Ketika aku balik ke kampung pada satu hari, ku ajukan niatku pada ayah dan ibu. Tidak kusangka ayah dan ibu menyetujui niatku untuk ke sana bersama mereka. Alhamdullilah, aku berpeluang untuk menunaikan umrah untuk kali pertama dalam tahun 2001. Mungkin ada benarnya kata orang tentang izin Allah untuk ke Makkah di mana setiap langkah, kerja, kewangan dan urusan semuanya berjalan dengan lancar. Aku tidak menghadapi banyak masalah untuk menguruskan perjalanan umrah ku ini.

Perjalanan ku bermula dengan penerbangan selama lebih kurang 8 jam ke lapangan terbang Jeddah. Dalam kumpulan umrah ku ada dalam 30 orang, dari yang kecil hingga yang berumur lanjut. Kami semua sangat teruja untuk umrah ini. Ada yang seperti aku juga yang pertamakali menunaikan umrah. Dari Jeddah, kami ke Madinah menaiki bas. Sepanjang perjalanan, laungan 'Laibaika Allah..' sentiasa berkumandang. Kalau senyap tu, maknanya masing-masing dah tidor lah dalam doa dan harapan yang tinggi. Bas kami berhenti di satu perhentian selama beberapa minit untuk solat dan berehat. Tempat wuduk di sini agak luas tetapi air adalah terhad. Jadiknya kami cuba guna air secukupnya. Tak ada lah sampai ulangan 3 kali setiap bahagian. Aku juga berpeluang untuk merasa kopi arab yang di panggil 'gahwah'. Ia dihidangkan dalam gelas kecil. Bila aku minum, rasanya macam payau dan pekat. Aku tak lalu nak abihkan semua. Terusku tegok air mineral untuk hilangkan rasa yang tak sedap tu...Apa lah aku ni..

Perjalanan diteruskan setelah rehat. Di satu ketika, bas kami melalui ribut pasir seumpama hujan rasanya. Aku dah mula suspen takut terjadi perkara yang tak elok. Takut pemandu bas tak nampak jalan, tapi Alhamdulillah tak ada yang buruk berlaku. Aku dapat melihat satu keajaiban Allah yang belum pernah aku lihat sebelum ini. Ribut pasir ni berpusar sambil menghempas ke badan bas. Bunyi desiran pasir jelas kedengaran. Syukur ribut pasir ni tidak lama kejadiannya. Selepas ribut pasir hilang, aku mula melihat pemandangan padang pasir yang luas. Sungguh indah dan sungguh ajaib permandangannya. Sesekali ku lihat satu dua pohon yang tumbuh di tengah padang pasir. Nampak hijau daunnya. Ada ketika ku lihat sekelompok kambing biri-biri dengan gembalanya. Tapi aku tertanya di mana pokok-pokok untuk makanan biri-biri ini sebab aku tak nampak sepohon pokok ketika kelompok itu kelihatan. Agaknya mungkin ada berdekatan di balik lindung bukit di padang pasir.

Ketika bas semakin menghampiri kota Madinah, perasaan hati ku makin teruja dan gembira. Aku rasa amat bertuah untuk dapat datang pada salah satu daripada dua kota yang di berkati Allah dan menjadi impian ramai muslimin dan muslimah untuk berada di kota-kota ini. Dari kejauhan kulihat rumah-rumah batu di kota Madinah yang punyai bentuk tersendiri. Jalan-jalan di kota penuh dengan kereta-kereta besar yang sentiasa bunyi honnya. Agaknya kat sini dah jadik amalan untuk tekan hon kereta...tapi kereta-kereta macam dah buruk dan berlapuk.

......sambungan...

Tuesday, November 4, 2008

Shahadah at the traffic light

I studied for my bachelor degree in the US. Almost half of the town residents are students all over the world. I am one of the fortunate malaysian students to go there.

Being a malaysian muslim there was not easy. Luckily in the middle of the town, there is a muslim center which becomes a mosque and a place for muslims to gather for discussions, studies, functions and many others islamic events. I always loved to be in that place especially during Ramadhan. I will post one memory about that center someday.

What I would like to share was one amazing occassion happened during my study. I was walking alone that day. That afternoon was really nice and cool. I usually went to town to buy books or personal things. Since my rented house was just nearby, walking was best for me and my roommates. I walked towards one junction, when one woman stopped me. She was a student too. We greeted each other, and I smiled at her happily. We talked for a while when she suddenly mentioned her intentions to be a muslim. I was shocked. Didn't know what to say. I kept asking her few times whether I heard it right. She adamantly said she wanted to be a muslim. She liked to see me and few other malaysian muslims behaved, wore proper clothes (baju kurongs!!) and be in group. I asked to go to the muslim center, but she wanted to learn to say the key words to be a muslim. Then I realized what she meant. She wanted to say 'Syahadah'. Under the sky and very nice afternoon, and near the traffic light, I taught her to say the 'Syahadah'. We didn't care about the passer-by. When finished, she held my hands tightly and said many thanks. I reminded her to go to muslim center to learn more. And we parted our ways. My heart filled with joy on my way home.

How easy to be a muslim in the US. Your choice there and then. Declare on your own. As easy as to be a muslim, it is also easy to convert to other religions too.. That's US. Open-minded and free country.

Alhamdullilah, at least at that time, Allah blessed one more non-muslim to be under His Guidance.

Monday, November 3, 2008

Memori 24hb Julai, 1994

Dalam perjalanan balik daripada Mersing ke Johor Bahru.

Di pertengahan jalan, hujan turun membasahi bumi. Mataku tidak mahu lelap. Fikiranku melayang entah ke mana-mana. Bas berhenti di stesyen bas KT dalam pukul 7 malam. Hajat hati nak naik teksi ke JB tapi sorang pun tak mahu bawak ke JB. Naik bas aja la nampaknya. Nampaknya kena tunggu, solat dan naik bas ke JB.

Ketika nak masuk ke tandas awam, kusapa seorang makcik yang sudah berumur.
"Makcik, tolong jaga barang saya." Dia angguk.
"Dari mana?" tanyanya lembut.
"Mersing." balasku ringkas.
"Mersing di mana?" tanyanya lagi.
"Sri Pantai." jawabku lagi. ringkas.
Kuletakkan duit dua puluh sen di atas meja dan masuk ke tandas. Bila aku keluar, waktu maghrib sudah masuk.
"Belajar lagi?" sapa makcik tua tu lagi waktu aku keluar. Aku geleng.
"Bekerja?" tanyanya lagi.
Aku mengangguk. Aku berlalu pergi sambil mengucapkan terima kasih. Aneh sekali. Selalunya yang menjaga tandas awam adalah orang India atau Indonesia. Tapi, ini..makcik tua melayu yang sudah agak berumur. Mengapa dia bekerja di usia sebegini? hati kecil ku bertanya.

Di dalam bas waktu perjalanan balik ke JB, seorang gadis bertanya pasal tiket ke KL dari JB. Aku jawab banyak kaunter yang jual kat JB sana. Dia bagi tau yang tiket ke KL di bandar KT sudah kehabisan. Dia terpaksa naik ke JB untuk beli tiket di sana. Aku angguk. Sambil ketawa mesra memandangku, dia duduk di bangku hadapanku. Aku cuma tersenyum. Tak lama kemudian, dia menyarung tudung dikepalanya. Hatiku mula curiga.
"tak sempat nak pakai." katanya kepadaku. Mungkin dia melihat kecurigaan di mukaku.
"Ingatkan dapat tiket jika keluar awal. Rupanya tak ada juga." sambungnya lagi. Aku mengangguk aja.
"Entah elok entah tidak." katanya sambil membetul-betulkan tudungnya. Aku cuma tersenyum. "Elok." balasku ringkas.
Hasrat hati ingin bertanya tapi lidahku kelu. Aku duduk menyandar, memandang keluar. Malam makin menghimpit. Terasa kosong walaupun jelas deruan kenderaan masih lalu lalang. Aku terus mengelamun sendiri mengenangkan dua peristiwa yang ku temui.

Monday, October 20, 2008

Kenangan di Beijing, China 2006

Cerita ni dah 2 tahun lepas, tapi disebabkan baru ini terpikirkan nak buat blog cerita, baru ni la masuk. Cerita-cerita terbaru akan Sri masukkan sedikit demi sedikit.



Beijing, China 2006

Pergi ke negara China memang menjadi angan-angan ku sejak dari dulu. Bila dengar ungkapan 'Tuntut lah ilmu sampai ke negeri China', Sri pun teringin jugak melihat negara Asia yang paling ramai penduduknya dan Sri rasa agak unik masyarakatnya. Masa belajar kat U dulu, ada jugak ambik kursus belajar bahasa Mandarin selama 2 semester. Jadiknya, tau la serba sedikit perkataan yang patut. Nak shopping pun, bole guna la sikit-sikit. Kalau nak 'bargain' harga barangan di sini, jangan tawar untuk 20-30%, tapi tawar hingga 70-80%!!. Satunya kat sini, kalau dah menawar tu, beli la ye. Jadiknya kalau nak menawar yang gila-gila, pasti kan tawar barang yang dibeli aja.




Sri pergi ke sana selama beberapa hari atas tujuan seminar. Sambil itu berpeluang untuk membuat lawatan dan membeli belah. Pergi tempat yang susah nak pergi, pastinya membeli belah penting jugak. Orang pompuan la katakan. Shopping ni tak boleh tinggal.


Ada beberapa perkara yang Sri yang nak cerita masa kat Beijing ni. Yang pertama, kat sini paling susah Sri nak tengok orang gemuk. Rata-rata memang tak ada orang Cina yang berbadan besar. Semuanya kurus dan sederhana, baik lelaki maupun wanita. Sri rasa cara pemakanan dan cara hidup mereka ni buat susah nak naik badan. Kebanyakkan mereka suka berjalan kaki atau menaiki basikal. Kawasan pulak luas. Bayangkan Sri pergi ke sana, lepas balik ke Malaysia, Sri turun 5 kilo. Itu baru dalam 10 hari!. Contohnya masa Sri buat lawatan ke Tiananmen Square dan Forbidden City, untuk berjalan dari hujung ke hujung, rasanya nak dekat 2 km lebih. Phew!! penat tapi seronok. Dari segi pemakanan pulak, orang cina suka minum teh panas waktu makan. Teh cina memang baik untuk 'slimming'!.. betul kan?


Yang kedua, daging kambing di cina memang best terutama kalau orang Muslim cina yang masak. Kat sini, ada yang kata masakan daging kambing oleh orang muslim cina adalah yang paling sedap. Agaknya sebab disembelih kot. Dan mungkin jugak sebab kambing-kambing belaan orang muslim cina dibela di kawasan pergunungan dan agak sejuk. Masyarakat Xinjiang muslim amat popular di sini. Makan daging kambing panggang di sini memang best sangat. I paling suka daging kambing panggang yang dibuat style satay. Boleh makan gitu aje tanpa dengan sos. Dan kalau makan daging panggang kambing kat sini, tak ada implikasi darah tinggi. Kau orang percaya tak?


Yang ketiga, tentang ramainya orang di sini. Sri tak pernah tengok orang yang sebegini ramai. ada satu ketika, bagaikan setiap inci tanah ada orang. Dan dia orang ni tak kisah tentang orang luar yang datang ke tempat mereka. Mungkin agaknya masa tahun 2006 tu, China yang mengamalkan membuka pintu mereka kepada pelabur asing sudah mula biasa dengan orang luar.




Yang keempat, tentang bahasa. Kalau tak ada kawan yang pandai cakap Mandarin, susah la nak bercakap atau berkomunikasi. Main bahasa tangan la atau pakai kertas. Kalau masa shopping, kena pakai tangan atau kalkulator. Susah tapi seronok sebab orang cina ni tak sombong sebenarnya. Dan jangan lupa, kalau nak tawar gila-gila, tawar barang yang nak beli aje tau! pasti akan dapat harga yang special.










Yang kelima, tentang bilik air. Sori ye, sensitif sikit rasanya. Orang cina ni cukup terbuka tentang bilik air. Bilik air di sini pintunya kebanyakkannya tak berkunci. Jangan terperanjat bila tengah duduk dalam bilik air, ada orang bukak pintu..hahaha... Ada satu tempat yang Sri pergi, pintu bilik air dia bercermin dengan 'sand blast', tapi masih nampak la orang mencangkung kat dalam tu. lagi haru. Yang bilik air cermin tu terus Sri tak jadik nak buang air. Dan disebabkan bilik air dia orang pun tak ada paip, Sri kena la selalu bawak botol air kosong.










Yang keenam, tentang ketelitian. Sri paling suka ketekunan orang cina membuat sesuatu kerja-kerja seni. Dia orang memang teliti membuat sesuatu. Contohnya Sri berpeluang untuk menonton opera Beijing yang popular tu. Masa sebelum masuk tonton opera tu, Sri dapat tengok sorang perempuan muda buat lukisan di dalam botol yang lubangnya kecil. Terpegun Sri dibuatnya. Apa lagi, tentu aje Sri beli lukisan dalam botol kecil tu! Tentang opera Beijing tu, Sri tak berapa paham apa yang dinyanyikan, tapi Sri terhibur dengan persembahan mereka. Macam jugak masa Sri tonton pertunjukkan acrobatik dia orang.

Yang ketujuh.. eh, banyak lak ye. cerita lain topik la ye.. cukup la ni.

Kat sini, Sri ada lampirkan gambar-gambar yang menarik..


Sunday, October 19, 2008

Awalan Sri bercerita

Mengapa nama Sri?

Sri bukan nama sebenarku, tapi aku amat menyenangi nama ini. Kemudian ku tambah dengan perkataan 'Mersing' yang merupakan bandar asal kelahiran ku. Maka jadilah 'Srimersing'. Seboleh-bolehnya ku cuba menggunakan nama ini tetapi nama ini turut digemari oleh orang lain. Tak mengapa lah. Apa salahnya.

Mengapa Sri mula bercerita?

Sri sebenarnya suka bercerita, tapi cerita ini berlegar-legar di dalam fikiran dan hati. Rasanya fitrah manusia memang begitu. Sri tidak pernah cuba untuk menulis apa yang ada dalam fikiran dan hati kerana penulisan bukan bidang Sri. Menulis memerlukan kepandaian mengubah ayat, punyai bunga-bunga ayat dan intonasi. Ini juga bukan bidang yang Sri pandai. Sri orangnya lebih kepada penulisan teknikal. Kalau bercerita pasal IT, komputer dan sistem, memang boleh Sri aturkan ayatnya. Tapi tidak penulisan tidak teknikal.

Sri mula berfikir semula semenjak dua menjak ini. Sri patut menulis sebegini kerana Sri ada perasaan dan hati yang ingin dikongsi bersama. Mungkin ini lah titik mulanya yang sesuai. Nama aje Sri di dalam bidang IT, tetapi tidak menggunakan kemudahan nya.

Ini lah ketika mulanya yang sesuai.