Forgive yourself and let go of any anger within you. Then you will see others with positive perspective







Monday, November 3, 2008

Memori 24hb Julai, 1994

Dalam perjalanan balik daripada Mersing ke Johor Bahru.

Di pertengahan jalan, hujan turun membasahi bumi. Mataku tidak mahu lelap. Fikiranku melayang entah ke mana-mana. Bas berhenti di stesyen bas KT dalam pukul 7 malam. Hajat hati nak naik teksi ke JB tapi sorang pun tak mahu bawak ke JB. Naik bas aja la nampaknya. Nampaknya kena tunggu, solat dan naik bas ke JB.

Ketika nak masuk ke tandas awam, kusapa seorang makcik yang sudah berumur.
"Makcik, tolong jaga barang saya." Dia angguk.
"Dari mana?" tanyanya lembut.
"Mersing." balasku ringkas.
"Mersing di mana?" tanyanya lagi.
"Sri Pantai." jawabku lagi. ringkas.
Kuletakkan duit dua puluh sen di atas meja dan masuk ke tandas. Bila aku keluar, waktu maghrib sudah masuk.
"Belajar lagi?" sapa makcik tua tu lagi waktu aku keluar. Aku geleng.
"Bekerja?" tanyanya lagi.
Aku mengangguk. Aku berlalu pergi sambil mengucapkan terima kasih. Aneh sekali. Selalunya yang menjaga tandas awam adalah orang India atau Indonesia. Tapi, ini..makcik tua melayu yang sudah agak berumur. Mengapa dia bekerja di usia sebegini? hati kecil ku bertanya.

Di dalam bas waktu perjalanan balik ke JB, seorang gadis bertanya pasal tiket ke KL dari JB. Aku jawab banyak kaunter yang jual kat JB sana. Dia bagi tau yang tiket ke KL di bandar KT sudah kehabisan. Dia terpaksa naik ke JB untuk beli tiket di sana. Aku angguk. Sambil ketawa mesra memandangku, dia duduk di bangku hadapanku. Aku cuma tersenyum. Tak lama kemudian, dia menyarung tudung dikepalanya. Hatiku mula curiga.
"tak sempat nak pakai." katanya kepadaku. Mungkin dia melihat kecurigaan di mukaku.
"Ingatkan dapat tiket jika keluar awal. Rupanya tak ada juga." sambungnya lagi. Aku mengangguk aja.
"Entah elok entah tidak." katanya sambil membetul-betulkan tudungnya. Aku cuma tersenyum. "Elok." balasku ringkas.
Hasrat hati ingin bertanya tapi lidahku kelu. Aku duduk menyandar, memandang keluar. Malam makin menghimpit. Terasa kosong walaupun jelas deruan kenderaan masih lalu lalang. Aku terus mengelamun sendiri mengenangkan dua peristiwa yang ku temui.

2 comments:

amin said...

asalamualaikum,

Sri Mersing said...

wa'alaikumussalam...??? suka baca crita sri??