Forgive yourself and let go of any anger within you. Then you will see others with positive perspective







Tuesday, October 27, 2009

Apakah yang kucari?

Sejak akhir-akhirnya aku sering merasa resah dan gelisah. Seperti mencari-cari sesuatu, tapi apa? Tiap pagi aku bangun, solat dan kemudian termenung. Kurebahkan badan ke katil. Pandang ke siling yang kosong. Sekosong hatiku. Pergi kerja sekarang ni hanya menunaikan tanggungjawab, tapi aku hilang rasa keseronokannya bekerja. Tidak seperti dulu. Bangun setiap pagi sentiasa penuh dengan harapan dan objektif. Sentiasa bersemangat.

Mungkinkah disebabkan umurku yang semakin meningkat. Dan aku masih sendiri. Mungkinkah aku mencari cinta? Tapi cinta siapa yang kucari? Seorang kekasih? Seorang suami? Seorang teman baik? Cinta Allah?

Mungkinkah aku mencari ketenangan diri? seringkali aku dilanda masalah yang sukar untuk kuselesaikan dengan cepat. Kualiti kerjaku dalam menyelesaikan masalah turun mendadak. Adakah umurku mengurangkan kemampuanku?

Mungkinkah aku mencari sesuatu keseronokan yang gila? umpamanya pergi melancong keseluruh dunia. Duit pun ada. Masa pun ada. Cuti aku tiap tahun bukannya pernah habis. Kena 'burn' lagi ada la.

Tapi bagaimana dan macamana?

No comments: