Pada bulan Mei 2007, aku, dan dua orang kawan sepejabat, Ani dan Gee, memulakan perjalanan adventure kami ke Perak. Perak??...macam tak glamer aje... Ops jangan sangka. Pergi ke Perak antara perjalanan kami yang membawa kenangan indah. Sebelum itu, kami pernah juga ke sana, tapi tempat tujuan yang berbeza. Kali ini expedisi penjelajahan kami mengikut rentak yang berbeza. Perjalanan ini aku pecahkan kepada dua episod. Tak seronok baca terlalu panjang. Aku susun ikut tempat lawatan utama. Ini lah kisah kami..
Kami memulakan perjalanan waktu malam selepas daripada waktu kerja kerana hajatnya akan bermalam di rumah sepupu Ani di Damansara. So jimatlah sedikit kos penginapan. Kami sering bermula begini memandangkan hanya aku seorang yang memandu kereta, so rehat yang cukup membolehkan kami 'enjoy' sepanjang perjalanan. Awal pagi, kami mula bertolak ke utara. Pagi yang indah dengan sinar matahari yang naik di balik-balik bukit di sepanjang lebuhraya ke utara.

Selepas berhenti sebentar, kami menuju terus ke Taiping. Ye la, tentu sahaja kami berhenti sebentar di R&R Sg Perak untuk mengisi perut kami dan perut kereta. Kalau tak di isi, tak sampai pulak destinasi kami.
Maxwell Hill from top |
Kami sampai di Taiping dan menginap di Hotel Seri Malaysia, Taiping. Satu yang aku nak ingatkan dalam perjalanan sebegini adalah merancang perjalanan sebelum memulakannya. Mana nak tinggal, bila nak bertolak, ke mana destinasi, bila nak balik semuanya perlu di rancang terlebih dahulu. Walaupun akan ada perubahan kerana ada perkara-perkara yang tak disangka-sangka, sekurang-kurangnya risiko tak menentu dikurangkan. Sampai jumlah perbelanjaan pun kami rancang dan asingkan. Dan dengan cara ini, kami tidak terkena perbelanjaan luar jangka.
Selepas dari melawat Zoo Taiping, kami balik ke hotel untuk rehat dan keluar semula untuk cari makan malam. Malam di Taiping agak meriah di sebahagian tempat. Ok la.. dapat jugak mencari makanan enak untuk dinner. So, habis lah sessi pertama cerita perjalanan kami. Perjalanan untuk hari seterusnya akan ku sambung pada edisi perjalanan kedua Journey to Perak (Gua Tempurung)
No comments:
Post a Comment