Forgive yourself and let go of any anger within you. Then you will see others with positive perspective







Thursday, October 21, 2010

Catatan Perjalanan - Taif, Arab Saudi

Awal tahun 2010, nama aku telah disenaraikan untuk pergi melakukan satu tugasan di Arab Saudi,.. dan tugasannya di mana?..Di Makkahtul Muqarramah dan juga Taif, Saudi Arabia!!... Alhamdullilah, tidak ku sangka ingatkan tanpa pergi umrah, dapat juga aku melangkah kan kaki ke bumi Makkah dan bonus lagi..dapat ke Taif. Dan yang paling seronok, tugas ku menyebabkan aku berada di sana selama 21 hari..solid!..Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang dan Maha Mengasihi...diberikan ku bonus ke Makkah melebihi daripada perjalanan umrah yang biasa.

Untuk kisah kali ini, aku akan bercerita tentang Taif dulu.. nanti akan ku ceritakan tentang Makkah kerana kisah di sana sungguh menakjubkan kerana perjalananku membawa aku kepada perspektif berbeza kehidupan di Makkah.

Bandar Taif, kalau mengikut kisah Nabi Muhammad SAW adalah tempat di mana Nabi dibaling batu kerana cuba menyebarkan ajaran agama Islam di sana. Tapi kesabaran Nabi tidak sampai menghukum penduduk Taif kerana kejahilan mereka. Taif merupakan bandar yang paling sejuk di Arab Saudi kerana kedudukannya yang amat tinggi di atas gunung. Tak silap 1800m dari paras laut dan lebih tinggi daripada Genting Highlands, kat Malaysia. Waktu kami datang ke sana sudah menghampiri pengakhiran musim sejuk tetapi sejuknya masih lagi menyucuk-cucuk tulang. Dengarnya sejuk nya boleh jejak sehingga 2 ke 5 darjah Celcius..Tapi tiada salji!!...Bandar Taif merupakan bandar perlancongan yang paling disukai oleh orang Arab. Di sini, terlampau banyak nya tempat reaksi keluarga yang akan penuh ketika musim panas di Taif; kerana waktu itu bandar Taif adalah nyaman di waktu tempat-tempat lain di Arab Saudi menghadapi panas sehingga 40-45 darjah Celcius.

 
Ada dua jalan yang untuk ke bandar Taif. Jalan pertama adalah agak jauh dan melalui jalan yang agak rata. Jalan kedua adalah jalan melalui tebing gunung. This is the most amazing route I've ever seen. Tak pernah dalam hidupku melalui binaan jalan tebing gunung yang menakjubkan dan menakutkan. Tak boleh dibayangkan bagaimana pembinaan dimulakan pada awalnya. Batu-batu gunung bagaikan berada di atas kepala setiap kali melalui tepiannya. Tengok lah sebahagian gambar yang ada di sini. Di sini ada 'cable car' yang kalau berani boleh la naik daripada kaki gunung hingga ke atas. Aku nak naik??? belum pasti lagi!!!


Waktu pertamakali kami sampai di sana, bandar Taif berkabus dan sejuk dingin. Kami tidak boleh berdiri luar lama kalau tanpa baju sejuk. Banyak pohon-pohon hijau yang rimbun.. deretan bunga jelas kelihatan di sesetengah kawasan. Permandangan cantik dan banyak hotel-hotel ternama ada di sini. Buah-buahan segar pun banyak disini. Kami melawat ke Bandar Taif ini hampir 4 kali atas urusan kerja. Tapi aku sebenarnya risau sebab hanya aku seorang wakil perempuan yang berada dalam kumpulan kerja. Alhamdullilah, rakan sekerja membantu..jadi 'bodyguard' tak rasmi.

Restaurant di Taif dan juga kebanyakan bandar di Arab Saudi tidak membenarkan perempuan untuk datang makan tanpa diiringi kaum lelaki. Jadi bila masuk ke tempat makan di sini, ada disedia 'family room' yang berhadang. Jadiknya kami makan dalam bilik-bilik yang disediakan yang kadang-kadang boleh memuatkan 6-10 orang ahli keluarga. Di setengah tempat, ada jugak restauran yang tidak membenarkan ruang makan keluarga, jadiknya tak boleh masuk dalam kedai makan ni laa..Selalunya kita orang mintak pemandu yang membawa kita orang bertanya dahulu kedai-kedai makan tersebut sebelum kami masuk. Makanan kat arab ni bila bab daging kambing memang laaa best!! aku makan daging kambing kat sini tanpa risau akan pening kepala. Alhamdullilah memang sedap dan tidak memudaratkan.. Tapi kalau makan keterlaluan pun boleh pening. Cuma aku tak pernah terkena lagi. Syukur pada Allah.

Ada lagi nak cerita ni.. tapi aku stop dulu laa.. nanti panjang pulak artikel ni.. Aku sambung artikel lain.. ok!!

No comments: