Forgive yourself and let go of any anger within you. Then you will see others with positive perspective







Tuesday, December 16, 2008

Kenangan Umrah (1)

Ada orang bagi tau, untuk dapat menjejakkan kaki ke Makkah, hanya Allah yang memberikan keizinan-Nya. Setelah beberapa tahun bekerja, terbuka hatiku untuk menunaikan umrah bersama ayah dan ibu. Ketika aku balik ke kampung pada satu hari, ku ajukan niatku pada ayah dan ibu. Tidak kusangka ayah dan ibu menyetujui niatku untuk ke sana bersama mereka. Alhamdullilah, aku berpeluang untuk menunaikan umrah untuk kali pertama dalam tahun 2001. Mungkin ada benarnya kata orang tentang izin Allah untuk ke Makkah di mana setiap langkah, kerja, kewangan dan urusan semuanya berjalan dengan lancar. Aku tidak menghadapi banyak masalah untuk menguruskan perjalanan umrah ku ini.

Perjalanan ku bermula dengan penerbangan selama lebih kurang 8 jam ke lapangan terbang Jeddah. Dalam kumpulan umrah ku ada dalam 30 orang, dari yang kecil hingga yang berumur lanjut. Kami semua sangat teruja untuk umrah ini. Ada yang seperti aku juga yang pertamakali menunaikan umrah. Dari Jeddah, kami ke Madinah menaiki bas. Sepanjang perjalanan, laungan 'Laibaika Allah..' sentiasa berkumandang. Kalau senyap tu, maknanya masing-masing dah tidor lah dalam doa dan harapan yang tinggi. Bas kami berhenti di satu perhentian selama beberapa minit untuk solat dan berehat. Tempat wuduk di sini agak luas tetapi air adalah terhad. Jadiknya kami cuba guna air secukupnya. Tak ada lah sampai ulangan 3 kali setiap bahagian. Aku juga berpeluang untuk merasa kopi arab yang di panggil 'gahwah'. Ia dihidangkan dalam gelas kecil. Bila aku minum, rasanya macam payau dan pekat. Aku tak lalu nak abihkan semua. Terusku tegok air mineral untuk hilangkan rasa yang tak sedap tu...Apa lah aku ni..

Perjalanan diteruskan setelah rehat. Di satu ketika, bas kami melalui ribut pasir seumpama hujan rasanya. Aku dah mula suspen takut terjadi perkara yang tak elok. Takut pemandu bas tak nampak jalan, tapi Alhamdulillah tak ada yang buruk berlaku. Aku dapat melihat satu keajaiban Allah yang belum pernah aku lihat sebelum ini. Ribut pasir ni berpusar sambil menghempas ke badan bas. Bunyi desiran pasir jelas kedengaran. Syukur ribut pasir ni tidak lama kejadiannya. Selepas ribut pasir hilang, aku mula melihat pemandangan padang pasir yang luas. Sungguh indah dan sungguh ajaib permandangannya. Sesekali ku lihat satu dua pohon yang tumbuh di tengah padang pasir. Nampak hijau daunnya. Ada ketika ku lihat sekelompok kambing biri-biri dengan gembalanya. Tapi aku tertanya di mana pokok-pokok untuk makanan biri-biri ini sebab aku tak nampak sepohon pokok ketika kelompok itu kelihatan. Agaknya mungkin ada berdekatan di balik lindung bukit di padang pasir.

Ketika bas semakin menghampiri kota Madinah, perasaan hati ku makin teruja dan gembira. Aku rasa amat bertuah untuk dapat datang pada salah satu daripada dua kota yang di berkati Allah dan menjadi impian ramai muslimin dan muslimah untuk berada di kota-kota ini. Dari kejauhan kulihat rumah-rumah batu di kota Madinah yang punyai bentuk tersendiri. Jalan-jalan di kota penuh dengan kereta-kereta besar yang sentiasa bunyi honnya. Agaknya kat sini dah jadik amalan untuk tekan hon kereta...tapi kereta-kereta macam dah buruk dan berlapuk.

......sambungan...